Saturday 23 January 2021

Pregnancy Journey

Helu! My first post ever. Sebelum ni ada la blog tak matang dan assingments, kalini tidak lagi. Kah!

Jadi sesuai dengan tajuk berkenaan, I nak share pengalaman preggy sebelum ni. First time mothers where u at? Tapi, first things first, kita cerita lah dulu background kesihatan semasa preggy.

I mula bukak buku pink seawal 9 minggu okeh. Eksaited nak kemana. Alhamdulillah, all went well sampai lah minggu ke-12 / 13. Seawal ini eh dapat tahu ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Yang tahu, tahu. Haha. Tapi dalam bahasa senang, kencin maneh lah. Tsk tsk *sambil lap air mata.

Dah bila dapat tahu, maka perlu lah buat Blood Sugar Profile (BSP), every 2 weeks. Sepatutnya lah kan, kena diet control. Kali kedua BSP, tak lepas pulak ujian gula dalam darah, *masih lap air mata. Next appointment doctor prescribed untuk cocok insulin. Maka, sis cocok sampai lah minggu ke-38. Bear in mind, kalau dah GDM & on insulin, doctor akan nasihatkan untuk bersalin pada minggu ke-38, takut ada komplikasi. Gituh.

Bab makanan, tak dapat la nak sentuh sebab sesekali, bantai saja. Haha. Mana nak tahan, dengan cravings macam hapo. Tapi, untuk keselamatan anda & baby dalam perut, make sure makan makanan seimbang & control sugar/carbs intake. Ada yang taktahu apa kaitan carbs dengan gula dalam darah. Carbs (carbohydrates), pun gula nah. Makan nasik sekaligus dengan ayaq maneh, mencanak naik gula dalam darah, *sambil tengok cermin.

Jadi, disebabkan GDM on insulin ni, terpaksa lah buat BSP every week untuk make sure kandungan gula dalam darah stabil. Despite all that, alhamdulillah, HB (haemoglobin) helok, BP (blood pressure) pun helok. Rahsianya... I ambik zincofer, vit C & calcium! (Tapi jangan telan zincofer dengan calcium pulak, penyerapan zincofer tak kemana lah sis). Make sure pengambilan dua jam sebelum atau selepas. Gituh. *DISCLAIMER : I bukan physician! Sebelum nak ambik apa-apa supplement ketika mengandung, pastikan consult dengan doctor dulu okeh?*

Perjalanan minggu ke minggu tu, boleh dikatakan seronok walaupun sakit sana sini (especially on the 3rd trimester). Tapiiiiiii, I ada tukang urut peribadi, hihi, thanks suamikuuhhh, dan kerja rumah mostly, dia lah yang buat. Bersyukur ya ampun. Dia lah yang jaga sampai ke pintu wad. Huhu. Disebabkan due masa MCO *erghh i hetchu COVID-19, terpaksa la hadap sorang. Yaa, sis deliver baby tanpa suami disisi. Untuk pengalaman in labour, see you in my next post! Byeeee!

Love,
Bunga 

3 comments:

  1. Yeayy tazabar tunggu next post! Anyway, after deliver kencing manis tu semua hilang kan weh? Cocok insulin sampai minggu ke 38 tu maknanya hang cucuk sendiri hari2 atau macam mana? Ampunla sis banyak tanya, gaya orang takdak pengalaman lagi huhu

    XOXO

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ekceli kena buat balik test kencing maneh tu, aku sampai skrg belum ada kesempatan. nak tengok kot memang dah memang kencing maneh. seram. insulin sampai 38 minggu and aku buat sendiri, even after delivery, kena cocok ubat cayaq darah pun buat sendiri. sis kental haha.

      Delete