Sunday 30 May 2021

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab

Heluu. Bersua kita kembali. Siapa pernah ada masalah dengan rambut especially kalau you berhijab? Nak habaq mai, I experience benda yang sama tapi dah jumpa solution! Jadi, I nak share beberapa tips penjagaan rambut bagi yang berhijab. Disclaimer siap-siap, ni atas pengalaman tau.

  1. Syampu

First thing first, pemilihan syampu. Bagi I, ni penting sebab kena lah cari syampu bersesuaian dengan masalah rambut korang. Sama la macam skincare sis! Kalau muka berminyak tapi pelembab untuk muka kering, memang berjerawat lah lepastuuuu.

Untuk jenis masalah I, gugur & tak terurus, jadi I pakai syampu Herbal Essences Argan Oil of Morocco. Best gila, dah la wangi. Rambut gugur pun kurang. Tapi korang tau tak ada syampu khas untuk wanita berhijab? Dah banyak dipasaran, jadi, choose wisely.

Antara syampu untuk wanita berhijab. Credit to Google

Nak syampu pulak, 2 ke 3 kali seminggu ya. Jangan hentam syampu hari-hari pulak. Tak memasal rambut rosak / bercabang. Sebab apa boleh rosak / bercabang? Tak sempat kulit kepala nak produce natural oils untuk protect & hydrate kulit kepala. Gitu. 

  1. Conditioner

INI PENTING kalau tak nak rambut kejung haha. Conditioner nak pakai hari-hari tak da masalah gais. Tapi jangan letak dekat kulit kepala. Nanti dari takda kelemumur, turun pulak macam salji. I pakai brand yang sama macam syampu. Dah wangi, lembut pulak sis.

  1. Hair mask

Rambut frizzy / rosak, boleh cuba amalkan hair mask at least seminggu sekali. Application sama dengan conditioner tau, cuma kena biarkan sekurang-kurangnya 5-10 minit. Jangan tonyoh ke kulit kepala pulak.

Credit to Google

  1. Hair oil

Demi kesejahteraan rambut, I invest jugak dekat hair oil. Currently, I pakai brand Lucido-L untuk dry hair. So far, memang lembut habis. Tapi nasihat I, jangan pakai hair oil pastu pakai tudung. Nak elakkan bau yang tidak menyenangkan. Ni atas experience je la, kalau korang pakai ok, I tak halang haha

I pakai kuning tuuu, tapi ada juga brand untuk yang berhijab. Credit to Google

  1. Hair mist

Yang ni I tak pernah try but been meaning to! Sesetengah wanita yang ada masalah rambut berbau, selain penjagaan basic, boleh cuba hair mist! Jangan pulak skip syampu & conditioner.

Credit to Google

Tu lah dia tips yang I amalkan semasa berhijab. Kalau sekali sekala buat treatment pun recommended tapi zaman 2021, pandemik ni better treatment sendiri je haha. Lagi-lagi sekarang jarang keluar & work from home senang nak jaga! Bye... see you in my next post.

Love,
Bunga

No comments:

Post a Comment