Monday 19 July 2021

Vaccination Day Outfit Ideas!

helu. i just got my first dose of covid-19 vaccine! yay! seronok dia lain macam. one step closer to reaching herd immunity. siapa yang belum daftar, daftar sekarang okeh? so, kalini i nak share outfit yang sesuai untuk pergi cocok hehe. ideas untuk korang yang buntu nak pakai apa. vaccination day but make it fashion!


  1. buttoned blouse

untuk yang tak nak serabut fikir dan memudahkan kerja, pakai lah kemeja/blouse berbutang. perlu unbutton butang paling atas, siap!


credit to pinterest


  1. nursing-friendly blouse

untuk pengetahuan semua, nursing-friendly blouse ni ada zip kat tengah jadi, senang nak selak! sekarang pun dah banyak kaftan/abaya nursing-friendly. lagi senang!


credit to haramyne

  1. cardigan + short sleeves/sleeveless t-shirt

yang ni paling selamat dan pantas lah kalau nak cocok.


credit to pinterest

  1. wide sleeves dress/blouse

lengan macam kembang gitu. senang nak sinsing. eh betul ke sinsing? haha.



credit to she_dazzle

so, dah tahu nak pakai apa? congratulations yang dah ambik vaksin, yang belum dapat tarikh, sabar okeh? tau-tau esok naik notification hehe. stay safe! bye... see you in my next post.


love,
bunga

Sunday 11 July 2021

Kenapa Hijab Square / Bawal Masih Digemari Ramai?


Heluu, siapa sini suka pakai hijab square/bawal? Kita geng hehe. Walaupun di zaman serba serbi moden, hijab square/ bawal ni masih ada peminat dia yang tersendiri. Nak tau kenapa tak? Jom… 


  1. Selesa

Paling utama bagi pemakai hijab adalah keselesaan kan? Selalunya tak panas dan breathable, jadi, ramai yang suka. Yang tak bestnya kena rajin gosok heee.


  1. Sesuai untuk pelbagai 'event'

Hijab square/bawal senang nak ‘blend-in’ ke apa jua ‘event’. Maksudnya, sesuai ke kenduri, ke pejabat dan juga ke pasar haha. Versatile gituuu. Cuma perlu extra pin, siap!


  1. Nampak muda

Perasan tak kalau yang dah berumur pakai hijab square/bawal ni, nampak lagi muda dari usia? Haa boleh cuba ya sis-sis sekalian. Mana tahu nampak 5 tahun lagi muda dari usia sebenar.


  1. Senang digayakan

Sangat senang nak pakai hijab square/bawal ni. Dah senang pakai pastu mudah nak gayakan ikut ‘event’ yang kita nak pergi. Nak lilit ala-ala shawl pun boleh! 


Sekian entry untuk kali ini. Sesiapa yang tak pernah pakai hijab square/bawal, cuba sekarang! Tapi jangan salahkan i kalau korang jatuh cinta. Bye.. see you in my next post.


Love,

Bunga




Saturday 3 July 2021

Perbezaan Cotton Voile, Cotton Viscose dan Pure Cotton

Heluuu. I hope semua orang dalam keadaan baik sentiasa. Siapa dah ambik vaccine? Opkos i belum haha. Berjanggut tau tunggu. Semoga ada rezeki nanti. So, kalini i nak share something interesting, gituu. Selama korang beli hijab kain cotton tu, korang tau tak ada banyak jenis? Sebab tu harga dari seller lain-lain. Ada murah, ada mahal. Pernah terfikir tak? I ada terserempak dengan satu post ni dekat twitter, jadi entry kalini credit to adik yang create thread tentang ni.

Ini bukan in depth sangat, kalau korang ada detail lagi tentang pecahan cotton ni, feel free to drop a comment! Material cotton untuk hijab bawal/square dan shawl ni terbahagi kepada 3 ;


  • Cotton Voile

Paling banyak seller suka jual cotton voile ni. Sebab, material dia nipis tapi bila lipat dua masih mampu cover apa yang patut. So, yang lipat dua ni opkos la hijab bawal/square. Pastu tak panas, ni paling best dan sesuai untuk cuaca kita kat Malaysia ni. Dannnnnnnn senang nak gayakan apa-apa gaya gitu.


  • Cotton Viscose

Material ni lagi nipis/jarang dari cotton voile, tapi still ada kelebihan dia yang tersendiri. Selalunya cotton viscose ni dibuat menjadi shawl, senang nak lilit dan flowy! Juga sesuai dengan cuaca kat Malaysia ni


  • Pure Cotton

Pure cotton yang paling tebal antara dua materials diatas. Mungkin ada yang tak suka tapi pure cotton ni ada peminatnya yang tersendiri. Sesuai untuk korang yang 24/7 dekat tempat berhawa dingin. Material ni sesuai dibuat hijab bawal/square & shawl tau. Korang tayah risau nak pakai inner. Memang tak transparent.


Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam memilih material yang korang suka. Ini atas preferences sendiri ya. Ada suka cotton voile, ada yang tak suka. Ada yang prefer pure cotton, ada yang selesa cotton viscose. Jadi, sebelum beli, tanya dulu material yang seller jual. Adakah cotton voile, cotton viscose atau pure cotton menjadi pilihan hati? Korang decide ok? hee. Bye… see you in my next post


Love,

Bunga