Sunday 11 July 2021

Kenapa Hijab Square / Bawal Masih Digemari Ramai?


Heluu, siapa sini suka pakai hijab square/bawal? Kita geng hehe. Walaupun di zaman serba serbi moden, hijab square/ bawal ni masih ada peminat dia yang tersendiri. Nak tau kenapa tak? Jom… 


  1. Selesa

Paling utama bagi pemakai hijab adalah keselesaan kan? Selalunya tak panas dan breathable, jadi, ramai yang suka. Yang tak bestnya kena rajin gosok heee.


  1. Sesuai untuk pelbagai 'event'

Hijab square/bawal senang nak ‘blend-in’ ke apa jua ‘event’. Maksudnya, sesuai ke kenduri, ke pejabat dan juga ke pasar haha. Versatile gituuu. Cuma perlu extra pin, siap!


  1. Nampak muda

Perasan tak kalau yang dah berumur pakai hijab square/bawal ni, nampak lagi muda dari usia? Haa boleh cuba ya sis-sis sekalian. Mana tahu nampak 5 tahun lagi muda dari usia sebenar.


  1. Senang digayakan

Sangat senang nak pakai hijab square/bawal ni. Dah senang pakai pastu mudah nak gayakan ikut ‘event’ yang kita nak pergi. Nak lilit ala-ala shawl pun boleh! 


Sekian entry untuk kali ini. Sesiapa yang tak pernah pakai hijab square/bawal, cuba sekarang! Tapi jangan salahkan i kalau korang jatuh cinta. Bye.. see you in my next post.


Love,

Bunga




No comments:

Post a Comment