Monday 24 May 2021

Anak pertama. What to buy?

Helu. Blog post kalini khas untuk first time mom yang tak tahu nak beli apa untuk anak. Newborn essentials, gitu.

Baby wear

  • Newborn set baju lengan panjang / Sleepsuit

  • Newborn set baju lengan pendek

  • Eyelet suit. Baju penuh lobang tuuu. Malaysia ni kan panas, jadi sesuai nak pakai siang

  • Mittens, booties & hats

  • Swaddle

  • Barut

Kalau atas ni 10 helai setiap kategori pun ok. Sebabnya newborn baby cepat besaq! Swaddle 5 / 6 helai dah memadai.


Hygiene

  • Bath tub. Tapi kalau sink kat rumah besar, apa salahnya. Make sure selalu bersihkan sebelum mandikan baby

  • Bath seat. Boleh letak dalam bath tub / sink

  • Baby wash & shampoo. Better 2in1, senang!

  • Towel

  • Baby oil

  • Baby detergent


Health & safety

  • Thermometer

  • Nasal Aspirator. Sangat membantuuuuu, trust me

  • Nasal spray. I pakai brand Sterimar Baby

  • Grooming kit, nail clipper dan seangkatan dengannya


Feeding

(breastfeeding)

  • Breast pump. I recommend beli dekat kedai Pump On The Go. Boleh try siap

  • Breastmilk storage bottles / bag

  • Nursing bra. I beli dekat Shopee, RM10 haha. Setakat nak pakai kat rumah

  • Breast pads

  • Nipple cream

  • Drying rack untuk breast pump


(formula feeding)

  • Susu formula. Nak pilih brand tricky sikit, takut baby tak sesuai.

  • Botol susu, opkos

  • Bottle drying rack

  • Bottle brush

  • Bottle cleanser 


Diapering

  • Newborn diapers. I recommend Huggies Natural Soft sebab tak senang bocor

  • Nappy cream. Sekarang I pakai brand Drapolene. Tak boleh nak suggest sangat since I memang pakai ni je, baby pun ok

  • Baby wipes

  • Changing mat

  • Baby cotton buds


Bedding

  • Baby crib. Kalau yang nak tidur sekali atas katil, silakan. Tapi risiko baby jatuh tu tinggi!

  • Blanket. Kalau swaddle besar, boleh selimutkan yang tu ja


Baby gear

  • Car seat. Jangan ambik mudah sis, injury prevention

  • Stroller. Yang sesuai untuk newborn. Ada brands yang boleh attach dengan car seat, lagi lah mudah!


Untuk memudahkan kerja korang, I dah siapkan gambar untuk korang download okay. 

List ni kira macam basic ja la. BASIC ya, kalau tak cukup boleh tambah ikut keperluan masing-masing. Ini untuk senangkan first time mom diluar sana. Sebabnya, I pun ke google ya takut terlepas apa-apa sebelum baby keluar. Yang tengah preggo, congrats! Untuk maternity care nanti I akan buat entry lain okeh. See you in my next post.

Love,

Bunga


P.S. - Selain preparation physically, jangan lupa mentally pun penting. Ilmu kena sentiasa dicari, especially breastfeeding. Sekarang ni banyak kelas online yang ada despite musim pandemik ni. Tapi if you have any trouble untuk breastfeed, sila cari Lactation Cousellor terdekat atau masuk mana-mana group breastfeeding di FB. Seriously banyak. 


No comments:

Post a Comment