Showing posts with label Hijab. Show all posts
Showing posts with label Hijab. Show all posts

Sunday, 27 June 2021

Lelaki & Hijab?

Credit to Jameelya

Heluuu. Kontroversi betul tajuk blog kalini. Cerita tak habeh… sebenarnya i nak share tips untuk membeli tudung buat pasangan anda. Eh, terlupa anniversary kawen pulak, nak bagi apa? Jadi post kalini sangat berguna untuk jejaka diluar sana yang nak hadiahkan tudung pada pasangan.


  1. Warna kulit

Kenalah tahu warna kulit pasangan anda dulu. I ada blog post cerita tentang warna hijab yang sesuai untuk warna kulit orang Asia. I letak link kat hujung post ni nanti untuk tengok okeh? Haa, bila dah tahu warna kulit pasangan, boleh dah fikir kena tak dengan warna feveret dia.


  1. Material 

Tak perlu tau pun material feveretnya apa. Kata nak surprise kan? tapi kalau tau, lagi bagus hehe. Segalanya dihujung jari. Boleh cuba untuk survey beberapa kedai tudung di media sosial. I bagi hints lah sikit kan haha. Selalunya material yang tengah ‘hot’ sekarang ni adalah material cotton, cotton voile dan chiffon. Tapi, nak hadiahkan dekat kesayangan, make sure cari material yang premium.


  1. Jenama

Tapiiiiii kalau korang ada extra budget, boleh la cuba tengok hijab yang boleh dikatakan berjenama seperti brand itik, dan Bawal Exclusive. Tetiba pasangan anda rasa dihargai haha. Ini bukan paksaan ya, banyak tudung yang cantik tapi affordable juga.


  1. Don’t stress yourself out

Percaya tak, hadiah bentuk cemana pun pasangan anda dapat, dia akan terharu sebab korang yang kasi. Kan? 


Jadi, itulah dia tips yang i dapat untuk tolong jejaka diluar sana untuk memilih hijab sebagai hadiah. Harap membantu korang yang sedang serabut tu. Byee.. see you in my next post.



Love,

Bunga



Link untuk warna tudung dan warna hijab yang bersesuaian

https://kuatikah.blogspot.com/2021/06/warna-hijab-dan-warna-kulit-penting-ke.html

Inspirasi entry dari -

https://blogkahwin.com/tips-beli-tudung-untuk-pasangan-anda/


Sunday, 20 June 2021

Warna Hijab dan Warna Kulit, Penting Ke??

Sumber dari Google

Heluu! Okeh, kali ni I nak share tips warna tudung yang bersesuaian untuk warna kulit kita. Tapi, ni reference saja tau. You’re beautiful in your own way, jangan biar orang define kecantikan you, gitu. I bahagikan antara warna kulit orang Asia, so that senang sikit korang nak refer. Let’s get into it, shall we?

Kulit Putih – Percaya tak, tak semua warna masuk dengan kulit putih? Haaa, baru tau sister! Ada sesetengah warna hijab buat orang berkulit putih ni terus nampak pucat / tak bermaya. Contohnya warna-warna pastel dan warna tanah. Fret not, sis-sis yang berkulit putih kalau nak nampak segar boleh cuba warna hijab seperti;
  • Hijau

  • Ungu

  • Merah

  • biru terang

  • Lavender


Kulit Kuning Langsat – Haaa, kebanyakan orang malaysia berkulit kuning langsat. Antara warna yang sesuai adalahhhhhhh;

  • Biru

  • Lavender

  • Merah jambu

Warna kat atas boleh menaikkan keserian wajah. Elakkan tudung warna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tak bermaya. Tapi cam acano sikit sangat warna boleh pakai. Ehhh jangan risauuuuu. Korang boleh trial & error warna yang sama tapi in different shades. Paham tak? haha


Kulit Sawo Matang – taktau nak cakap, orang kulit sawo matang ni segak weh. Antara warna yang sesuai untuk kulit sawo matang adalah;

  • Hijau

  • Kuning

  • Oren

Sebab apa? Boleh membuat kelihatan lebih cerah dan terang. Glowing gitu. Elakkan pakai warna kelabu gelap supaya wajah tidak kelihatan kusam. 


Kulit Gelap / Hitam Manis – okeh, orang kulit gelap jangan takut nak pakai warna. Warna yang sesuai selalunya warna ceria dan cerah. Haa terkejut tak? Inilah masanya korang jadi konfiden dengan warna seperti

  • Biru laut

  • Merah jambu

  • Putih

  • Peach

  • Hijau muda

Elakkan tudung warna gelap seperti hitam, coklat gelap, hijau tua kerana akan menampakkan wajah lebih gelap.


So, itu lah antara guidelines dalam memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit. Tapi, kalau korang suka sesetengah warna tapi rasa tak sesuai dengan warna kulit, korang boleh cuba shades yang lain. Contohnya, hijau ada hijau muda dan hijau lumut. Jadi, tinggal korang nak pilih mana yang sesuai. Harap dapat membantu! Bye... See you in my next post!



Love,

Bunga


Sunday, 30 May 2021

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab

Heluu. Bersua kita kembali. Siapa pernah ada masalah dengan rambut especially kalau you berhijab? Nak habaq mai, I experience benda yang sama tapi dah jumpa solution! Jadi, I nak share beberapa tips penjagaan rambut bagi yang berhijab. Disclaimer siap-siap, ni atas pengalaman tau.

  1. Syampu

First thing first, pemilihan syampu. Bagi I, ni penting sebab kena lah cari syampu bersesuaian dengan masalah rambut korang. Sama la macam skincare sis! Kalau muka berminyak tapi pelembab untuk muka kering, memang berjerawat lah lepastuuuu.

Untuk jenis masalah I, gugur & tak terurus, jadi I pakai syampu Herbal Essences Argan Oil of Morocco. Best gila, dah la wangi. Rambut gugur pun kurang. Tapi korang tau tak ada syampu khas untuk wanita berhijab? Dah banyak dipasaran, jadi, choose wisely.

Antara syampu untuk wanita berhijab. Credit to Google

Nak syampu pulak, 2 ke 3 kali seminggu ya. Jangan hentam syampu hari-hari pulak. Tak memasal rambut rosak / bercabang. Sebab apa boleh rosak / bercabang? Tak sempat kulit kepala nak produce natural oils untuk protect & hydrate kulit kepala. Gitu. 

  1. Conditioner

INI PENTING kalau tak nak rambut kejung haha. Conditioner nak pakai hari-hari tak da masalah gais. Tapi jangan letak dekat kulit kepala. Nanti dari takda kelemumur, turun pulak macam salji. I pakai brand yang sama macam syampu. Dah wangi, lembut pulak sis.

  1. Hair mask

Rambut frizzy / rosak, boleh cuba amalkan hair mask at least seminggu sekali. Application sama dengan conditioner tau, cuma kena biarkan sekurang-kurangnya 5-10 minit. Jangan tonyoh ke kulit kepala pulak.

Credit to Google

  1. Hair oil

Demi kesejahteraan rambut, I invest jugak dekat hair oil. Currently, I pakai brand Lucido-L untuk dry hair. So far, memang lembut habis. Tapi nasihat I, jangan pakai hair oil pastu pakai tudung. Nak elakkan bau yang tidak menyenangkan. Ni atas experience je la, kalau korang pakai ok, I tak halang haha

I pakai kuning tuuu, tapi ada juga brand untuk yang berhijab. Credit to Google

  1. Hair mist

Yang ni I tak pernah try but been meaning to! Sesetengah wanita yang ada masalah rambut berbau, selain penjagaan basic, boleh cuba hair mist! Jangan pulak skip syampu & conditioner.

Credit to Google

Tu lah dia tips yang I amalkan semasa berhijab. Kalau sekali sekala buat treatment pun recommended tapi zaman 2021, pandemik ni better treatment sendiri je haha. Lagi-lagi sekarang jarang keluar & work from home senang nak jaga! Bye... see you in my next post.

Love,
Bunga

Thursday, 20 May 2021

Tips Penjagaan Tudung Bawal

Ramai yang dah kenal tudung bawal kan? Bentuk segi empat tepat dan maneh bila dipakai. Yang tak tahu, tudung bawal dah available banyak jenis kain. Ikut si pemakai lah selesa yang mana. Jenis cotton & sakura aritachi antara feberet I kalau nak ‘berbawal’. Siapa geng?

Back to the main purpose of this post, I nak share cara-cara atau bahasa mudahnya tips penjagaan tudung bawal. Tiber terlebih rajin. Mesti dah tertanya-tanya kan apa yang perlu buat. Dah tobat sis, sebab beli tudung boleh tahan mahal tapi tak tahan lama. Rupanya basuh hari-hari pakai mesin. Guilty as charged haha. Jadi, jom selam antara tips yang ada.


  1. Cara mencuci

Cara mencuci ni paling penting. Sebab apa? Nak tudung yang tahan lama la. Rahsianya adalah mencuci menggunakan tangan atau bahasa omputeh kita ‘hand-wash’. Material tudung yang berkualiti selalunya lembut. Bila pakai mesin basuh, tak sampai sebulan dah tertarik-tarik benang weh.


  1. Pemilihan sabun

Pemilihan sabun pun main peranan penting juga dalam penjagaan tudung. Rata-rata komen pengguna tudung yang I selalu dengar dan nampak, dorang suka pakai sabun buku. Bukan saja wangi, sabun buku jugak lembut pada pakaian. Tak caya boleh try.


Pastu pernah dengar tak ‘hijab wash’? pertama kali dengar pastu buat lah research sikit. Rupanya ada sabun khas untuk mencuci tudung. Ya ampun, convenient sangat! Brand yang I jumpa ‘Max Kleen 9’ macam gambar dekat bawah tu. Beli dekat shopee je sis. Lokal brand pun ada.



Credit to Google

  1. Kaedah menjemur

Tips ketiga ni ramai yang tak tahu. Kaedah menjemur tudung sebaiknya ‘indoor drying’. Kalau tudung kena ‘direct sunlight’, tudung akan cepat lusuh. Jadi kalau korang nak warna tudung korang sentiasa nampak baru, sidai pada tempat tak kena cahaya matahari. okeh?


  1. Penyimpanan

Cara simpan pun terselit sini. Nak simpan tudung perlu lah yang ada pengudaraan yang baik. Gituh. 


  1. Suhu menggosok

I kalau nak gosok tudung, pakai suhu yang tinggi sebab ingatkan cepat hilang kedut. Duhh. Sekali, hangus bucu tudung. Dah la tudung feveret! Jadi, suhu yang sesuai untuk menggosok tudung adalah suhu yang rendah atau mengikut jenis kain tudung tersebut. Ikut material juga kan. Kain cotton kau pakai paling low, memang tak jadi hapo. 


Maka berakhirlah tips berkenaan penjagaan tudung. Harap membantu! See you in my next post.


Love,

Bunga