Sunday 20 June 2021

Warna Hijab dan Warna Kulit, Penting Ke??

Sumber dari Google

Heluu! Okeh, kali ni I nak share tips warna tudung yang bersesuaian untuk warna kulit kita. Tapi, ni reference saja tau. You’re beautiful in your own way, jangan biar orang define kecantikan you, gitu. I bahagikan antara warna kulit orang Asia, so that senang sikit korang nak refer. Let’s get into it, shall we?

Kulit Putih – Percaya tak, tak semua warna masuk dengan kulit putih? Haaa, baru tau sister! Ada sesetengah warna hijab buat orang berkulit putih ni terus nampak pucat / tak bermaya. Contohnya warna-warna pastel dan warna tanah. Fret not, sis-sis yang berkulit putih kalau nak nampak segar boleh cuba warna hijab seperti;
  • Hijau

  • Ungu

  • Merah

  • biru terang

  • Lavender


Kulit Kuning Langsat – Haaa, kebanyakan orang malaysia berkulit kuning langsat. Antara warna yang sesuai adalahhhhhhh;

  • Biru

  • Lavender

  • Merah jambu

Warna kat atas boleh menaikkan keserian wajah. Elakkan tudung warna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tak bermaya. Tapi cam acano sikit sangat warna boleh pakai. Ehhh jangan risauuuuu. Korang boleh trial & error warna yang sama tapi in different shades. Paham tak? haha


Kulit Sawo Matang – taktau nak cakap, orang kulit sawo matang ni segak weh. Antara warna yang sesuai untuk kulit sawo matang adalah;

  • Hijau

  • Kuning

  • Oren

Sebab apa? Boleh membuat kelihatan lebih cerah dan terang. Glowing gitu. Elakkan pakai warna kelabu gelap supaya wajah tidak kelihatan kusam. 


Kulit Gelap / Hitam Manis – okeh, orang kulit gelap jangan takut nak pakai warna. Warna yang sesuai selalunya warna ceria dan cerah. Haa terkejut tak? Inilah masanya korang jadi konfiden dengan warna seperti

  • Biru laut

  • Merah jambu

  • Putih

  • Peach

  • Hijau muda

Elakkan tudung warna gelap seperti hitam, coklat gelap, hijau tua kerana akan menampakkan wajah lebih gelap.


So, itu lah antara guidelines dalam memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit. Tapi, kalau korang suka sesetengah warna tapi rasa tak sesuai dengan warna kulit, korang boleh cuba shades yang lain. Contohnya, hijau ada hijau muda dan hijau lumut. Jadi, tinggal korang nak pilih mana yang sesuai. Harap dapat membantu! Bye... See you in my next post!



Love,

Bunga


No comments:

Post a Comment