Thursday, 20 May 2021

Tips Penjagaan Tudung Bawal

Ramai yang dah kenal tudung bawal kan? Bentuk segi empat tepat dan maneh bila dipakai. Yang tak tahu, tudung bawal dah available banyak jenis kain. Ikut si pemakai lah selesa yang mana. Jenis cotton & sakura aritachi antara feberet I kalau nak ‘berbawal’. Siapa geng?

Back to the main purpose of this post, I nak share cara-cara atau bahasa mudahnya tips penjagaan tudung bawal. Tiber terlebih rajin. Mesti dah tertanya-tanya kan apa yang perlu buat. Dah tobat sis, sebab beli tudung boleh tahan mahal tapi tak tahan lama. Rupanya basuh hari-hari pakai mesin. Guilty as charged haha. Jadi, jom selam antara tips yang ada.


  1. Cara mencuci

Cara mencuci ni paling penting. Sebab apa? Nak tudung yang tahan lama la. Rahsianya adalah mencuci menggunakan tangan atau bahasa omputeh kita ‘hand-wash’. Material tudung yang berkualiti selalunya lembut. Bila pakai mesin basuh, tak sampai sebulan dah tertarik-tarik benang weh.


  1. Pemilihan sabun

Pemilihan sabun pun main peranan penting juga dalam penjagaan tudung. Rata-rata komen pengguna tudung yang I selalu dengar dan nampak, dorang suka pakai sabun buku. Bukan saja wangi, sabun buku jugak lembut pada pakaian. Tak caya boleh try.


Pastu pernah dengar tak ‘hijab wash’? pertama kali dengar pastu buat lah research sikit. Rupanya ada sabun khas untuk mencuci tudung. Ya ampun, convenient sangat! Brand yang I jumpa ‘Max Kleen 9’ macam gambar dekat bawah tu. Beli dekat shopee je sis. Lokal brand pun ada.



Credit to Google

  1. Kaedah menjemur

Tips ketiga ni ramai yang tak tahu. Kaedah menjemur tudung sebaiknya ‘indoor drying’. Kalau tudung kena ‘direct sunlight’, tudung akan cepat lusuh. Jadi kalau korang nak warna tudung korang sentiasa nampak baru, sidai pada tempat tak kena cahaya matahari. okeh?


  1. Penyimpanan

Cara simpan pun terselit sini. Nak simpan tudung perlu lah yang ada pengudaraan yang baik. Gituh. 


  1. Suhu menggosok

I kalau nak gosok tudung, pakai suhu yang tinggi sebab ingatkan cepat hilang kedut. Duhh. Sekali, hangus bucu tudung. Dah la tudung feveret! Jadi, suhu yang sesuai untuk menggosok tudung adalah suhu yang rendah atau mengikut jenis kain tudung tersebut. Ikut material juga kan. Kain cotton kau pakai paling low, memang tak jadi hapo. 


Maka berakhirlah tips berkenaan penjagaan tudung. Harap membantu! See you in my next post.


Love,

Bunga


Friday, 23 April 2021

Pengalaman in Labour

Helu! Ya ampun, next post boleh tahan berbulan baru nak publish. Seperti yang dijanjikan pengalaman in labour!

Nak jugak la cerita pengalaman!
I was diagnosed with GDM (Gestational Diabetes Mellitus) & on insulin. Sebab mak hang maneh macam gula hm. So, long story short, I need to be induced on the 38th week of my pregnancy. Nak seram ke tak? Apa itu induce labour? Sila lah google.

9/12/2020
Checked in hospital, not so yay. Alone. I don’t know what to expect at that time. Hanya mampu berserah. Kalau histeria depan pintu wad sebab nak mintak suami teman, dah lama buat. Kah, kelakar. Jadi, 9/12 setakat nak beramah mesra dengan katil hospital, esoknya pulak detik resah datang. Tsk tsk. Eh lupa! pilihan hospital semestinya Hospital Putrajaya. Sebab apa? dekat dengan rumah sistur. And plus, kami ambik pakej FPP (Full Paying Patient). Ala-ala swasta tapi kat kerajaan, faham tak? haha. Nanti kita cerita next post pasai FPP okeh.

Tak sangka nama sendiri dekat katil spital. huuuuu

Jalan-jalan dalam wad. So, ceni la keadaan wad kalau FPP. Ekceli, taktau pun wad biasa bentuk cemana. haha


10/12/2020
Sorry for the explicit content tapi tak da siapa pesan bila kena ‘seluk’ tu sakit namatey. Sebabnya paling ramai takut sakit contractions. Duhh. Despite all that, after 9 hours of pain, eh tak sampai, Alhamdulillah, at 8.51pm seberat 3.3kg sayang baba & mama lahir kedunia sambil menjeling hujung mata-, lepas mintak pethidine & epidural. Segala mak nenek pain killer aku request. Huhu. Padahal, merasa nak acah normal, emergency c-sect jugak. Syukur baby sehat sejahtera.

Seketul baby dekat tengah bilik

Alhamdulillah juga baba dapat azankan our baby boy, walaupun member kelam-kabut dari family mart cari dinner. Haha! Kata baba, baby dia sorang ja tidoq, yang lain menangis. Member pun risau. Biasa dah kot, family kuat tidoq. 12/12 dah discharged, yay! Bermula lah kehidupan sebagai seorang ibu. eeee nebes. With that being said, see you in my next post! Byeee!

Love,
Bunga

Saturday, 23 January 2021

Pregnancy Journey

Helu! My first post ever. Sebelum ni ada la blog tak matang dan assingments, kalini tidak lagi. Kah!

Jadi sesuai dengan tajuk berkenaan, I nak share pengalaman preggy sebelum ni. First time mothers where u at? Tapi, first things first, kita cerita lah dulu background kesihatan semasa preggy.

I mula bukak buku pink seawal 9 minggu okeh. Eksaited nak kemana. Alhamdulillah, all went well sampai lah minggu ke-12 / 13. Seawal ini eh dapat tahu ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Yang tahu, tahu. Haha. Tapi dalam bahasa senang, kencin maneh lah. Tsk tsk *sambil lap air mata.

Dah bila dapat tahu, maka perlu lah buat Blood Sugar Profile (BSP), every 2 weeks. Sepatutnya lah kan, kena diet control. Kali kedua BSP, tak lepas pulak ujian gula dalam darah, *masih lap air mata. Next appointment doctor prescribed untuk cocok insulin. Maka, sis cocok sampai lah minggu ke-38. Bear in mind, kalau dah GDM & on insulin, doctor akan nasihatkan untuk bersalin pada minggu ke-38, takut ada komplikasi. Gituh.

Bab makanan, tak dapat la nak sentuh sebab sesekali, bantai saja. Haha. Mana nak tahan, dengan cravings macam hapo. Tapi, untuk keselamatan anda & baby dalam perut, make sure makan makanan seimbang & control sugar/carbs intake. Ada yang taktahu apa kaitan carbs dengan gula dalam darah. Carbs (carbohydrates), pun gula nah. Makan nasik sekaligus dengan ayaq maneh, mencanak naik gula dalam darah, *sambil tengok cermin.

Jadi, disebabkan GDM on insulin ni, terpaksa lah buat BSP every week untuk make sure kandungan gula dalam darah stabil. Despite all that, alhamdulillah, HB (haemoglobin) helok, BP (blood pressure) pun helok. Rahsianya... I ambik zincofer, vit C & calcium! (Tapi jangan telan zincofer dengan calcium pulak, penyerapan zincofer tak kemana lah sis). Make sure pengambilan dua jam sebelum atau selepas. Gituh. *DISCLAIMER : I bukan physician! Sebelum nak ambik apa-apa supplement ketika mengandung, pastikan consult dengan doctor dulu okeh?*

Perjalanan minggu ke minggu tu, boleh dikatakan seronok walaupun sakit sana sini (especially on the 3rd trimester). Tapiiiiiii, I ada tukang urut peribadi, hihi, thanks suamikuuhhh, dan kerja rumah mostly, dia lah yang buat. Bersyukur ya ampun. Dia lah yang jaga sampai ke pintu wad. Huhu. Disebabkan due masa MCO *erghh i hetchu COVID-19, terpaksa la hadap sorang. Yaa, sis deliver baby tanpa suami disisi. Untuk pengalaman in labour, see you in my next post! Byeeee!

Love,
Bunga